GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melepaskan rizab Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) jika pihaknya tidak dapat mengabstrak air mentah yang mencukupi dari Sungai Muda, Kedah.
Ketua Pegawai Eksekutifnya K.Pathmanathan berkata PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
"Sehingga Selasa lepas, paras Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang PBAPP di Seberang Perai turun kepada 1.72 meter (m) iaitu di bawah paras selamat 2.0m dan semalam paras air Sungai Muda turun kepada 1.61m di Lahar Tiang.
"PBAPP terus mengabstrak air mentah yang mencukupi daripada sungai tanpa menggunakan EMD, bagaimanapun PBAPP juga berjaya menjalankan percubaan pelepasan dari EMD sebagai persediaan untuk senario kes yang lebih teruk," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memaklumkan ketika ini, PBAPP mengabstrak kira-kira 1,200 JLH dari Sungai Muda untuk pengeluaran optimum air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan LRA tersebut menghasilkan 85 peratus air terawat yang diagihkan di negeri ini setiap hari.
Pathmanathan berkata kapasiti pelepasan maksimum dari EMD ialah 600 JLH atau kira-kira 50 peratus daripada air mentah yang diperlukan oleh LRA Sungai Dua untuk beroperasi secara optimum.
Katanya selagi PBAPP dapat mengabstrak 600 JLH air mentah dari Sungai Muda dan melepaskan 600 JLH daripada EMD, pihaknya dapat mengelak daripada gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di negeri ini.
Bagaimanapun, beliau berkata syarikat itu tetap bersiap siaga kerana Sungai Muda merupakan sumber air mentah utama Pulau Pinang selain memantau paras sungai dengan teliti.
Selasa lepas, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) memaklumkan paras Sungai Muda menunjukkan trend penurunan sekali gus berisiko terjadi gangguan bekalan air di daerah Kuala Muda dan penurunan tersebut disebabkan oleh faktor kemarau berterusan.
Semalam, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata bekalan air di Pulau Pinang tidak terjejas setakat ini walaupun paras air Sungai Muda yang melibatkan pengoperasian LRA Sungai Petani dan Pinang Tunggal menunjukkan trend penurunan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
K.Pathmanathan (foto) berkata PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering. -Gambar fail
Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super
Selepas minggu ketiga perlawanan Liga Super, pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilihat berjalan lancar.
Pasangan kekasih abaikan bayi tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Sepasang kekasih yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka, menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Anda kini boleh label kandungan dijana AI pada Facebook, Instagram
Sistem Meta sendiri akan mengimbas mengikut pelbagai piawaian penjana kecerdasan buatan.
Dua pegawai polis didakwa kes rasuah RM1.25 juta untuk tutup kes
Dua pegawai polis mengaku tidak bersalah melibatkan kes rasuah RM1.25 juta untuk menutup siasatan seorang ahli perniagaan berhubung kes mata wang kripto bagi pembelian senjata api oleh warga Israel.
Kerajaan muktamad penggunaan kod QR selepas tamat tempoh percubaan - Fadillah
Fasa pertama Sistem Kod QR itu yang melibatkan warganegara Malaysia di BSI dan KSAB bagi mod perjalanan bas dan motosikal akan mula dilaksana bermula Sabtu ini.
Pulau Silikon hak mutlak kerajaan Pulau Pinang
Tanah Pulau Silikon seluas 930.78 hektar adalah milik penuh kerajaan Pulau Pinang.
Pelancaran satelit peninjau tentera terbaharu Korea Utara gagal
Tentera Korea Selatan mengeluarkan satu rakaman video yang didakwa memaparkan percubaan terbaharu Korea Utara yang dilapor melancarkan satelit peninjau tentera terbaharunya.
Pakistan catat suhu lebih 52 darjah Celsius
Suhu meningkat melebihi 52 darjah Celsius di wilayah Sindh di selatan Pakistan, bacaan tertinggi sepanjang musim panas kali ini dan menghampiri rekod tertinggi negara itu, menurut agensi cuacanya.
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM1.25 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.